CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 29, 2012

-The Best Voice Trio-

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger, anyway apa khabar uolls semua? Sihat tak? ok kalau sihat alhamdulilah lah ye. Anyway cuti semester break ekal dah nak sampai ke penghujungnya dah, rasa cepat sangat masa berlalukan, tapi kadang-kadang bosan lak duduk kat rumah macam nak cepat masuk kelas dengar Lecture kesayangan ekal mencurahkan ilmu nya nak tau siapa tak lecture yang bertuah tu? ok nama dye En. Faizal Sulaiman, anyway dia nie megajar kelas ekal start dari semester 1 lagi tau..OMG, rindu kot kat dye nanti coz ekal semester depan dah final sem belajar kat kolej tu, mesti sedih nak tinggalkan kolej tu. Ok, tutup cerita pasal lecture ekal tu t kembang lak bontot dia ekal citer pasal dye kat sini, huhu.


Ok, korang semua pernah tengok tak cerita yang kat atas nie? actually movie kat atas nie, ekal baru je abis download kat U TORRENT ehh, siap promote lak ek kat sini tak pe la mane tau korang nak dowload movie gak kan, boleh lah pergi kat sane ok. Apa yang menarik tentang cerita ini adalah ekal suke sangat dengan jalan penceritaan yang disampaikan oleh cerita ini penuh dengan elemen persahabatan, nilai kasih sayang mahupun cinta. Dengan berlatar belakangkan suasana didalam era 80-an sangat menarik sekali. Filem yang arahan Bill Condon ini adalah filem berunsurkan Muzikal. Jarang sekali kite melihat filem yang majoritinya adalah orang yang berkulit hitam, jadi filem ini telah membariskan ramai bintang-bintang yang berkulit htam di Amerika. Filem adapasti Dreamgirls yang dibintangi Jamie Foxx, Beyonce Knowles, Eddie Murphy dan Jennifer Hudson yang memenangi Anugerah Academy Awards untuk pelakon pembantu terbaik bagi watak Effie White. Filem ini juga mempunyai barisan pelakon seperti Danny Glover, Anika Noni Rose, Keith Robinson, Sharon leal. Cerita ini juga diadaptasikan oleh sebuah buku asal Broadway oleh Tom Eyen. 


Dengan kos pengeluaran sebanyak 80$ juta, Dreamgirls adalah filem yang paling mahal untuk mempaparkan semua pelakon Afrika Amerika dalam sejarah pawagam Amerika. Apabila ditayangkan di pawagam, filem itu mendapat sanjungngan dari pengkritik filem, Dreamgirls juga menerima beberapa penghargaan, termasuklah tiga anugerah Golden Globe untuk best motion picture- muzik atau komedi, dan dua anugerah Oscar di anugerah Academy Award yang ke 79. Filem ini juga adalah filem sulung yang dilakonkan oleh Jennifer Hudson yang juga adalah bekas peserta America Idol.


Beyonce sebagai Deena Jones


Jennifer Hudson sebagai Effie White


Anika Noni Rose sebagai Lorrell Robinson

Okeyh lah itu lah sedikit sebanyak yang ekal boleh share ngan korang semua harap korang enjoy baca ye, mesti korang pelikkan kenapa ekal sejak akhir-akhir nie asik update pasal movie je, sebab ekal suka sangat membuat penilaian apa yang ekal lihat. ini lah hobi ekal lepas tengok sesebuah filem tu mesti mengulas balik apa yang ditonton kerana itu lah penonton yang bijak kan. =.=