CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 3, 2012

-pelancaran drama kami untuk musim ke 5-

Kami adalah kami, cerita untuk post kali ini adalah tentang kami semua. Mengisahkan tentang bagaimana bermulanya 1 persahabatan yang dipertemukan didalam satu sesi suai kenal didalam kelas yang kecil menempatkan 52 orang semua sekali. Dengan bersatunya dua puak yang berbeza iaitu 1st intake dengan 2nd intake. Pada mulanya kami memeng tidak bersependapat ada sahaja yang tak kena sampaikan kami berpendapat kami tidak sekepala atau lebih senang dikatakan tidak sebulu tapi dengan adanya sikap tolenransi, sayang-menyangi, tolak ansur dan sebagainya kami dapat bersama walaupun didalam apa jua keadaan. Sepanjang kami bersama dalam 2 tahun ini kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi, bukan itu sahaja yang mana yang tidak pernah rapat sebelum ini pun sudah jadi rakan baik selamanya.


Tapi tak semua 52 orang itu kekal selamanya ada juga yang terkandas dari landasan, ada yang terpaksa pergi demi mengejar cita-cita dan ada juga yang pergi atas sebab-sebab yang tertentu, tapi bagi ekal sendiri, mereka yang tidak berjaya meneruskan perjalan untuk menjadi bakal Pengurus Hotel yang berjaya, tidak mengapa kerana mungkin diluar sana akan ada rezeki yang datang lagi pun rezeki bukanlah di satu tempat sahaja kan malah ada di mana-mana sahaja. Ekal masih ingat lagi bagaimana didalam suasana dalam bilik kuliah dimana tempat itu tempat kami menuntut ilmu dengan suasana yang bising mcm pasar malam lepas tu dengan kawan-kawan yang suka berjenaka semua kenangan-kenangan itu tidak dapat diulang tayang semula kerana itu hanya boleh dijadikan sebagai memori terindah yang tersemat diminda Ekal ni. 


Pensyarah yang kami amat sayang sekali adalah En.Faizal b Sulaiman iaitu seorang pensyarah yang setia dengan kami dari awal semester sampai lah kami sudah semester 4 hari itu, tapi tidak tahulah kalau semester 5 ini beliau masih mengajar lagi atau tidak, harap-harap beliau masih mengajar lagilah. Tanpa beliau siapalah kami ini semua kan, dengan segala ilmu yang dicurahkan kepada kami semua kami akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih atas tunjuk ajar dan didikan yang telah beliau berikan kepada kami.


Baiklah ekal cuma mengharapkan pada semester yang baru ini dapat banyak pengalaman baru dan dapat belajar dengan lebih gigih lagi. Sebab pada semester 5 nie adalah yang terakhir bagi kami berada dikolej selepas ini kami akan melangkah ke alam praktikal selepas 4 bulan kami terus menunggu untuk KONVOKESYEN tapi sementara itu kami juga akan berada dialam pekerjaan harap segala semua akan berjalan dengan lancar.


ok lah sampai sini sahaja untuk post pada petang ini, insyallah kalau ada masa lagi ekal update lagi ye, lagi pun terasa nak update sebab tengok kawan ekal tu asik dye je yang update blog dye so nak gak lah ekal update.huhu...ok bye semua btw have a nice day ye y'all. Sebelum off nie ekal kawan-kawan ekal nak bergambar dulu ok lah cepat y'all..