CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 15, 2012

-perempuan vs smoking

Assalamualaikum semua selamat tengah malam, hari ini ekal nak share skit pasal satu babak yang ekal agak kagum sekali, tapi bukan pasal kagum yang ekal bangga tapi ekal terkejut laa..ade gak ek perempuan yang sanggup tegakkan benang yang basah..adoii, cerita bermula begini ekal ade ade tengok wall ekal kat fb tu baru je jap tadi kann..lepas tu ekal ade terbaca satu statement yang agak mengancam ini so ekal g la klik kat situ than baca kan. Lepas ekal bace dye punye statement terus ekal tengok kat dye punye respond so tak sangka ade gak yang menyokong bahawa merokok bagi perempuan itu tak salah,,,eeiiuuuu, tak malu ke kau ni? dah la buat salah than main hembus je cakap fikiran orang sekarang  CETEK!!.. hello siapa yang cetek sekarang ini? kau ke kami semua? kau tu yang cetek ahlak jgn nak salahkan orang lain boleh tak..so nasihat ekal kat beliau jaga-jaga lah sikit setiap yang awak cakapkan tu kerana setiap yang awak cakap tu akan diperhatikan ngan ramai orang so jangan tanya kenapa kalau awak kene printscreen ye..=_=


Friday, June 8, 2012

-rumah tangga Erra Fazira mula retak?-

Salam semua pencinta blog yang Ekal sayang, actually malam nie pasas gile kan? Ekal tak tau lah asal panas sangat malam nie? nak kata demam tak gak sebab ekal dah nak baik dah cuma hidung nie jelah sakit sangat nak bernafas pun tak boleh, derita sangat kne penyakit ni. 



Sebelum Ekal mulakan majlis Ekal nak tanya uolls kenal tak Erra Fazira? ala artis nie dulu adalah bekas ratu cantik Malaysia sekitar tahun 1992 (tahun ekal lahir tu). Dia juga digelar primadona Malaysia sebab beliau layak digelar begitu dengan paras rupa yang cantik, tinggi dan sebagainya dan dia juga adalah salah satu duta bagi produk kecantikan menguruskan badan iaitu Slim World  bukan beliau sahaja ada juga artis-artis yang lain yang menjadi duta bagi produk tersebab seperti Wardina Saffiyah, Lisdawati dan Azizah Ariffin buat masa ini tu jelah yang Ekal tahu. Sebab Ekal bukak cerita pasal beliau nie sebab Ekal baru je bukak email kat yahoo tu so terpandanglah pasal gosip yang melanda beliau ini. Dalam kenyataan beliau "macam-macam cerita orang cakap mengenai perihal rumah tangga saya dan seolah-olah mereka lebih mengetahui apa yang berlaku berbanding diri saya sendiri," ujar beliau kepada mStar Online.



Mahligai rumahtangga yang dibina oleh seorang jejaka yang agak tampan iaitu Engku Emran dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Engku Aleesya. Ekal tengok pun comel anak dye macam mak bapak dia, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi gituww la bak kata pepatah melayu kann. Menurut laporan dari akhbar oline iaitu mStar Online beliau menafikan bahawa berita adalah tidak benar sama sekali bahawa mereka mendapatkan khidmat kauseling yang kononya rumah tangga mereka kian retak. Erra juga terkilan dengan gosip-gosip yang tak ade kelas tu, beliau mengharapkan agar gosip-gosip sedemikian agar dihentikan. Erra juga menyatakan bahawa rumah tangga beliau sama sahaja seperti pasangan lain.



So, rumusan daripada gosip ini adalah kita tak perlu takut dengan segala khabar angin yang tidak benar ini kerana berani kerana benar takut kerana salah. Kepada kak Erra, Ekal kagum dengan sikap kak Erra yang tabah dengan segala dugaan yang menimpa Kak Erra sekeluarga. Jadi sebagai peminat akak Ekal sentiasa berdoa untuk akak sebab walau apa pun berlaku kami sebagai peminat akan sentiasa sokong dari belakang, cayalah Kak Erra. Ekal minat lagu kak Erra yang tajuknya Ya Atau Tidak huhu..sebab lagu tu catchy dan rancak. wow

Thursday, June 7, 2012

-Lagu baru Lufya Bejudul "Doaku" menyindir Zarina Anjoulie?-

Salam semua, apa khabar selamat bertemu kembali dalam blog tercinta nie ok. Hari nie ekal demam so ekal rase macam lesu sangat, tak larat pun ade lepas tu hidung nie asik nak lontarkan bersin je. So sape yang dah kenal ekal tu tau lah macam mane bunyinye kalau ekal bersin, hilang ayunya.

Baiklah sebelum ekal memulakan cerita ekal nak tanya korang, korang minat tak tengok program realiti AKADEMI FANTASIA? program tu dlu adalah rancangan nombor 1 di Malaysia tapi sekarang dah tak de lagi program realiti tu sebab pihak astro hanya biarkan AF bertahan sampai 9 musim je, yew lah mana taknya ramai yang cakap AF tu patut dibehentikan sebab semua artis yang lahir dari program tersebut semuanya ke laut. Siapa cakap? bagi ekal artis AF tu banyak jugak bintang yang semakin menyinar cuma rakyat Malaysia je yang tak perasan. Oklah cukup cerita pasal AF,sekarang nie ekal nak cerita pasal artis kelahiran program tersebut, korang kenal tak Lufya? kalau korang ingat lagi beliau nie pernah menyertai AF musim yang ke 6 dan beliau juga tersingkir pada minggu ke 3 beliau tersingkir. Dan beliau juga teman sepejuangan bersama Stacy dimana beliau juga pernah menyertai program tersebut.

inilah wajah Lufya semasa menyertai Akademi Fantasia

Apa yang korang boleh tengok tajuk utama post ekal nie, korang tertanya-tanyakan tentang apa yang sebenarnya berlaku diantara beliau dengan serorang lagi artis yang bernama Zarina Anjoulie. Ekal tak tahulah apa yang sebenarnya berlaku both of them nie tapi seingat ekal mulanya cerita kurang enak yang mengatakan beliau berdua nie berperang gara-gara muka mereka ni seiras. Tetapi Lufya sediri sudah menyatakan bahawa beliau tidak mahu mencari apa-apa masalh dengan Zarina malah beliau mahu berdamai tetapi enggan bagi Zarina. Tapi bagi Ekal sendir ekal tidak mahu percaya bulat-bulat pasal mereka berdua nie cukuplah hanya sekadar mengambil tahu tentang artis-artis di Malaysia ini. Sejauh mana kesahihan cerita ini biarlah mereka berdua sahaja yang tahu.


Lufya juga mencipta lagu yang berjudul DOAKU lagu yang berkonsepkan ketuhanan lagu yang diciptanya sendiri dan dibantu oleh Abie Abdullah untuk membuatkan muzik tersebut menjadi menarik. Lagipun bulan ramadhan stak lama lagi akan menjelangkan jadi tak salah kita dengar lagu ciptaan Lufya ini untuk didengari. Katanya lagu ini sudah lama siap dan pernah dihantar di stesen radio untuk diputarkan tetapi tidak dilayan. Akan tetapi bila hangatnya berita yang mengatakan bahawa beliau sekarang tengah berperang dengan  Zarina terus stesen radio memutarkan lagu tersebut. Bagi Ekal sendiri lebih baik memaafkan dari berdendam sana-sini lepas tu terus berleretan sampai tak ade kesudahanya lagipun apa salahnya bermaaf-maafan kan bulan ramadhan dah semakin hampir jadi apa salahnya di bulan yang mulia itu mereka berdua ini berdamai, habis cerita.

Baiklah, so Ekal pun dah nak sampai ke penghujung ini, okeyh kalau ade gosip lagi ekal akan share ngan korang semua ok, yang benar Ekal Shirazi =)






Sunday, June 3, 2012

-pelancaran drama kami untuk musim ke 5-

Kami adalah kami, cerita untuk post kali ini adalah tentang kami semua. Mengisahkan tentang bagaimana bermulanya 1 persahabatan yang dipertemukan didalam satu sesi suai kenal didalam kelas yang kecil menempatkan 52 orang semua sekali. Dengan bersatunya dua puak yang berbeza iaitu 1st intake dengan 2nd intake. Pada mulanya kami memeng tidak bersependapat ada sahaja yang tak kena sampaikan kami berpendapat kami tidak sekepala atau lebih senang dikatakan tidak sebulu tapi dengan adanya sikap tolenransi, sayang-menyangi, tolak ansur dan sebagainya kami dapat bersama walaupun didalam apa jua keadaan. Sepanjang kami bersama dalam 2 tahun ini kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi, bukan itu sahaja yang mana yang tidak pernah rapat sebelum ini pun sudah jadi rakan baik selamanya.


Tapi tak semua 52 orang itu kekal selamanya ada juga yang terkandas dari landasan, ada yang terpaksa pergi demi mengejar cita-cita dan ada juga yang pergi atas sebab-sebab yang tertentu, tapi bagi ekal sendiri, mereka yang tidak berjaya meneruskan perjalan untuk menjadi bakal Pengurus Hotel yang berjaya, tidak mengapa kerana mungkin diluar sana akan ada rezeki yang datang lagi pun rezeki bukanlah di satu tempat sahaja kan malah ada di mana-mana sahaja. Ekal masih ingat lagi bagaimana didalam suasana dalam bilik kuliah dimana tempat itu tempat kami menuntut ilmu dengan suasana yang bising mcm pasar malam lepas tu dengan kawan-kawan yang suka berjenaka semua kenangan-kenangan itu tidak dapat diulang tayang semula kerana itu hanya boleh dijadikan sebagai memori terindah yang tersemat diminda Ekal ni. 


Pensyarah yang kami amat sayang sekali adalah En.Faizal b Sulaiman iaitu seorang pensyarah yang setia dengan kami dari awal semester sampai lah kami sudah semester 4 hari itu, tapi tidak tahulah kalau semester 5 ini beliau masih mengajar lagi atau tidak, harap-harap beliau masih mengajar lagilah. Tanpa beliau siapalah kami ini semua kan, dengan segala ilmu yang dicurahkan kepada kami semua kami akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih atas tunjuk ajar dan didikan yang telah beliau berikan kepada kami.


Baiklah ekal cuma mengharapkan pada semester yang baru ini dapat banyak pengalaman baru dan dapat belajar dengan lebih gigih lagi. Sebab pada semester 5 nie adalah yang terakhir bagi kami berada dikolej selepas ini kami akan melangkah ke alam praktikal selepas 4 bulan kami terus menunggu untuk KONVOKESYEN tapi sementara itu kami juga akan berada dialam pekerjaan harap segala semua akan berjalan dengan lancar.


ok lah sampai sini sahaja untuk post pada petang ini, insyallah kalau ada masa lagi ekal update lagi ye, lagi pun terasa nak update sebab tengok kawan ekal tu asik dye je yang update blog dye so nak gak lah ekal update.huhu...ok bye semua btw have a nice day ye y'all. Sebelum off nie ekal kawan-kawan ekal nak bergambar dulu ok lah cepat y'all..