CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 22, 2012

-3 janji-

Assalamualaikum semua kepada semua blogger yang dikasihi sekalian, okeyh tak tahu lah kenapa ek sejak akhir-akhir nie i asik main blog je, tak tau lah kenapa..nie mungkin sebab i tengok ramai yang dah berBLOG so I pown nak gak la aktif balik main blog balik. Dulu ingat lagi pada tahun 2010 I sentiasa berblog tak kisah lah cerita yang merepek pon tetap nak ngePOST  kann...ala time umur mase zaman budak-budak nak naik 18 tahun la kata kan skang nie dah nak masuk alam DEWASA so kenelah matang dengan setiap pekara yep..btw time tu semua benda nak lepaskan kat blog, huhu. Tapi skang pown i luahkan kat blog, cube tengok post yang latest kat bawah nie, tu pon salah satu dari luahan hati I tu..huhu. Sekarang nie I berTWEET je so sape-sape yang ade tweet tu jangan lupa follow I ok t i make sure I follow balik uolls. Trust me ok. 

"ok as u all can see this is my twitter profile so kalau uolls nak follow cari je nickname i tu k, konpem jumpe punye"

actually cube tengok background belakang tu, adoyai seksi yang amat..cantik kan gadis berbaju rabbit play boy tu, ok cukup cerita pasal tweet. Macam lari topik lak kan.hehehe


okeyh cube tengok gambar kat atas tu, actually I memang minat giler tengok cerita ni, tak pernah miss kot tengok cerita nie start dari episod awal lagi i tengok sampailah sekarang nie kalau i terlepas tengok cerita ni,  I tak kisah sebab boleh tengok balik kat TONTON.COM siapa-siapa yang lom daftar lagi tu g lah daftar. Antara salah satu faktor kenapa I suke sangat tengok cerita nie sebab ade my idol lah, siapa lagi kalau bukan LIYANA JASMAY kan, dye nie star i suka kat dye sebab dye berlakon dalam cerita KAMI time tu alahai budak-budak giler kot dalam cerita tu. Cerita 3 JANJI ni mengisahkan tentang Dalia (lakonan Liyana Jasmay) dan Khursyi yang berkawan sejak kecil lagi, mereka rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain serta memahami. Malangnya khursyi telah pergi dahulu semasa mereka ditimpa kemalangan semasa dalam perjalanan hendak mengambil keputusan SPM. Dalia redha dengan pemergian arwah kawan rapatnya khursyi dan dia selalu ingat akan 3 janji yang dilafazkan oleh Khursyi kepadanya, iaitu mencari teman hidup yang boleh menjadi teman baik, mencari kekasih terbaik buatnya, dan akhirnya mencari suami yang terbaik bagi dirinya. Kini muncul dalam hidup Dalia, Kamil dan Yassin, apakah kemunculan kamil dan yassin dapat menggantikan tempat Khursyi dalam hati Dahlia serta menepati 3JANJI yang pernah diungkapkan oleh Khursyi? jadi jangan terlepas untuk menontonanya setiap hari selasa jam 9 malam hanya yang terbaik di TV3. 


Liyana Jasmay sebagai Dahlia

 Shah Iskandar sebagai Yassin

Shaz Jaszle sebagai Khursyi/Kamil

oklah nie lah sedikit sebanyak pasal 3 Janji yang boleh I kongsikan bersama uolls semua, hope uolls enjoy tengok cerita ini okeyh. Ok lah kite jumpa lagi ye next post I nak SKYPE ngan someone nie dye dah booking dulu tadi, hehehe..okeyh bye.