CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 29, 2012

-The Best Voice Trio-

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger, anyway apa khabar uolls semua? Sihat tak? ok kalau sihat alhamdulilah lah ye. Anyway cuti semester break ekal dah nak sampai ke penghujungnya dah, rasa cepat sangat masa berlalukan, tapi kadang-kadang bosan lak duduk kat rumah macam nak cepat masuk kelas dengar Lecture kesayangan ekal mencurahkan ilmu nya nak tau siapa tak lecture yang bertuah tu? ok nama dye En. Faizal Sulaiman, anyway dia nie megajar kelas ekal start dari semester 1 lagi tau..OMG, rindu kot kat dye nanti coz ekal semester depan dah final sem belajar kat kolej tu, mesti sedih nak tinggalkan kolej tu. Ok, tutup cerita pasal lecture ekal tu t kembang lak bontot dia ekal citer pasal dye kat sini, huhu.


Ok, korang semua pernah tengok tak cerita yang kat atas nie? actually movie kat atas nie, ekal baru je abis download kat U TORRENT ehh, siap promote lak ek kat sini tak pe la mane tau korang nak dowload movie gak kan, boleh lah pergi kat sane ok. Apa yang menarik tentang cerita ini adalah ekal suke sangat dengan jalan penceritaan yang disampaikan oleh cerita ini penuh dengan elemen persahabatan, nilai kasih sayang mahupun cinta. Dengan berlatar belakangkan suasana didalam era 80-an sangat menarik sekali. Filem yang arahan Bill Condon ini adalah filem berunsurkan Muzikal. Jarang sekali kite melihat filem yang majoritinya adalah orang yang berkulit hitam, jadi filem ini telah membariskan ramai bintang-bintang yang berkulit htam di Amerika. Filem adapasti Dreamgirls yang dibintangi Jamie Foxx, Beyonce Knowles, Eddie Murphy dan Jennifer Hudson yang memenangi Anugerah Academy Awards untuk pelakon pembantu terbaik bagi watak Effie White. Filem ini juga mempunyai barisan pelakon seperti Danny Glover, Anika Noni Rose, Keith Robinson, Sharon leal. Cerita ini juga diadaptasikan oleh sebuah buku asal Broadway oleh Tom Eyen. 


Dengan kos pengeluaran sebanyak 80$ juta, Dreamgirls adalah filem yang paling mahal untuk mempaparkan semua pelakon Afrika Amerika dalam sejarah pawagam Amerika. Apabila ditayangkan di pawagam, filem itu mendapat sanjungngan dari pengkritik filem, Dreamgirls juga menerima beberapa penghargaan, termasuklah tiga anugerah Golden Globe untuk best motion picture- muzik atau komedi, dan dua anugerah Oscar di anugerah Academy Award yang ke 79. Filem ini juga adalah filem sulung yang dilakonkan oleh Jennifer Hudson yang juga adalah bekas peserta America Idol.


Beyonce sebagai Deena Jones


Jennifer Hudson sebagai Effie White


Anika Noni Rose sebagai Lorrell Robinson

Okeyh lah itu lah sedikit sebanyak yang ekal boleh share ngan korang semua harap korang enjoy baca ye, mesti korang pelikkan kenapa ekal sejak akhir-akhir nie asik update pasal movie je, sebab ekal suka sangat membuat penilaian apa yang ekal lihat. ini lah hobi ekal lepas tengok sesebuah filem tu mesti mengulas balik apa yang ditonton kerana itu lah penonton yang bijak kan. =.= 

Wednesday, May 23, 2012

-the best TAGALOG drama-


hye selamat tengah malam semua, actually I tak boleh tidur lah malam-malam nie, so dengan adenya kesempatan ini I nak post new entry lah kat sini yep. Okeyh entry baru nie pasal tabiat I yang tak boleh buang kot, nak tau apa tabiat yang I selalu buat sampai tak boleh buang ni? I selalu bangun awal pagi, yepat pukul 8 I akan bangun dari tidur lepas tu g gosok gigi than terus g duduk depan tv tengok cerita drama TAGALOG yang paling I suka. Nak tau tak cerita apa? 


tu nampak tak gambar kat atas tu, tu lah cerita yang selalu I tengok pagi-pagi buta semata-mata nak tengok apa yang terjadi seterusnya. Cerita ni boleh tahan panjang gak lah, tapi tak delah macam cerita-cerita indon yang biase kita tengok kat TV tu, panjang berjela-jela sampai muak tengok, tapi kalau orang yang dah sah-sah fanatik minat ngan cerita indon nak wat macam mana kan. 

Cerita ni mengisahkan tentang sepasang adik beradik kembar iaitu Dave dan JR yang berlainan ibu, Dave dibesarkan oleh keluarga yang agak kaya dan mempunyai kehidupan sebagai orang kelas atasan manakala  JR pula dibesarkan dari keluarga mmiskin dan menetap di penempatan setinggan. Pada suatu hari JR dapat tahu bahawa beliau adalah pewaris harta pusaka bapa kandungnya iaitu David Garcia. Jadi pada saat itu bermulalah kehidupan yang bahagia JR. Mereka juga mempunyai nama yang hampir sama juga, mereka berdua juga mempunyai latar belakang yang berbeza ini kerana mereka berlainan darjat dan status. Pada masa yang sama juga mereka mencintai gadis yang sama iaitu Audrey. Oleh itu, Audrey berasa serba salah tidak tahu bagaimana untuk memilih antara mereka berdua. Pelbagai konflik dan rintangan yang dilalui oleh mereka bertiga ini dan jangan lupa saksikan Tayong Dalawa pada pukul 8 pagi hanya di siaran 133 saluran telenovela pertama Malaysia Astro Bella. 

Gerald Anderson sebagai JR

Jake Cuenca sebagai Dave

Kim Chiu sebagai Audrey


So I haraplah kan cerita dapat i tengok sampai episod akhir..coz tak lama lagi dah nak naik cuti semester, pejam celik pejam celik dah nak final year dah I nie. Macam tak caye lak, tak pe tak lama lagi I dah nak graduate so doa kan I ye kawan-kawan. ok lah nak tidur nie okeyh uolls bye.




Tuesday, May 22, 2012

-3 janji-

Assalamualaikum semua kepada semua blogger yang dikasihi sekalian, okeyh tak tahu lah kenapa ek sejak akhir-akhir nie i asik main blog je, tak tau lah kenapa..nie mungkin sebab i tengok ramai yang dah berBLOG so I pown nak gak la aktif balik main blog balik. Dulu ingat lagi pada tahun 2010 I sentiasa berblog tak kisah lah cerita yang merepek pon tetap nak ngePOST  kann...ala time umur mase zaman budak-budak nak naik 18 tahun la kata kan skang nie dah nak masuk alam DEWASA so kenelah matang dengan setiap pekara yep..btw time tu semua benda nak lepaskan kat blog, huhu. Tapi skang pown i luahkan kat blog, cube tengok post yang latest kat bawah nie, tu pon salah satu dari luahan hati I tu..huhu. Sekarang nie I berTWEET je so sape-sape yang ade tweet tu jangan lupa follow I ok t i make sure I follow balik uolls. Trust me ok. 

"ok as u all can see this is my twitter profile so kalau uolls nak follow cari je nickname i tu k, konpem jumpe punye"

actually cube tengok background belakang tu, adoyai seksi yang amat..cantik kan gadis berbaju rabbit play boy tu, ok cukup cerita pasal tweet. Macam lari topik lak kan.hehehe


okeyh cube tengok gambar kat atas tu, actually I memang minat giler tengok cerita ni, tak pernah miss kot tengok cerita nie start dari episod awal lagi i tengok sampailah sekarang nie kalau i terlepas tengok cerita ni,  I tak kisah sebab boleh tengok balik kat TONTON.COM siapa-siapa yang lom daftar lagi tu g lah daftar. Antara salah satu faktor kenapa I suke sangat tengok cerita nie sebab ade my idol lah, siapa lagi kalau bukan LIYANA JASMAY kan, dye nie star i suka kat dye sebab dye berlakon dalam cerita KAMI time tu alahai budak-budak giler kot dalam cerita tu. Cerita 3 JANJI ni mengisahkan tentang Dalia (lakonan Liyana Jasmay) dan Khursyi yang berkawan sejak kecil lagi, mereka rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain serta memahami. Malangnya khursyi telah pergi dahulu semasa mereka ditimpa kemalangan semasa dalam perjalanan hendak mengambil keputusan SPM. Dalia redha dengan pemergian arwah kawan rapatnya khursyi dan dia selalu ingat akan 3 janji yang dilafazkan oleh Khursyi kepadanya, iaitu mencari teman hidup yang boleh menjadi teman baik, mencari kekasih terbaik buatnya, dan akhirnya mencari suami yang terbaik bagi dirinya. Kini muncul dalam hidup Dalia, Kamil dan Yassin, apakah kemunculan kamil dan yassin dapat menggantikan tempat Khursyi dalam hati Dahlia serta menepati 3JANJI yang pernah diungkapkan oleh Khursyi? jadi jangan terlepas untuk menontonanya setiap hari selasa jam 9 malam hanya yang terbaik di TV3. 


Liyana Jasmay sebagai Dahlia

 Shah Iskandar sebagai Yassin

Shaz Jaszle sebagai Khursyi/Kamil

oklah nie lah sedikit sebanyak pasal 3 Janji yang boleh I kongsikan bersama uolls semua, hope uolls enjoy tengok cerita ini okeyh. Ok lah kite jumpa lagi ye next post I nak SKYPE ngan someone nie dye dah booking dulu tadi, hehehe..okeyh bye.







Monday, May 21, 2012

-annoying KAKI LIKE-



okeyh, Assalamualaikum kepada semua bloger dan semua pembaca yang dikasihi sekalian, so apa khabar ek uolls emua, ekal sihat-sihat je, ekal harap korang pon same gak sihat ye..so cuti 2 bulan kat umah nie buat ekal rase mcm bosan sangat, mana taknye asik memerap je kat rumah kalau nak g carik kerja tu mmg boleh tapi mcm malas lak sebab ekal nie lebih suka duduk kat rumah dan tolonglah my mum  kt rumah tu sebab semua family ekal keluar g kerja, so tinggalah sorang-sorang mak kat rumah..so sempena kat rumah nie ekal lah yang teman mak. ok tutup cerita pasal my mak tu t kembang lak pipi dye coz ekal cerita pasal dye..pape pon ekal sayang mak gila-gila. muuaaaaxxxx!



Tajuk utama post hari nie tu KAKI LIKE siapa kenal ngan kaki like nie? kalau uolls nak tau mereka nie semua ANNOYING tahap gaban kot. Ekal memang jaki betul bila ade orang like-like bagai semua yang ekal post bukan tak suka tapi menyampahlah coz aku dah lah tak kenal ko lepas tu semua post aq ko nak ngeLIKE ko ni apa masalah ko sebenarnya? sakit ke ke tak ade otak? dah lah aku tak kenal ko lepas tu ko nie datang dari mana tiba-tiba penuh NOTIFICATION sebab ngan like ko tu, aku rimas okeyh, ye lah mane tak geramnya ingat kan bile dah lama tak bukak ade lah peminat-peminat yang mengikuti perkembangan kita tapi HAKIKATNYA semua tu tak wujud ok disebabkan anasir yang entah dari mana tiba-tiba ko like semua aq punye post, gambar kat fb kalau ko nak like. Sorrylah bukan niat ekal nak malukan korang tapi korang kene lah sedar sikit apa yang korang buat tu bukan sebab aku ni nak aib kan orang tapi korang yang nak sangat kan aku publish pasal korang so layaklah ngan muka korang kene print screen ngan aku. Sorrylah yang ekal padam tu name dye tak ley disarkan sebab tu kawan baik ekal dye pon kaki like sebenarnye tapi nak wat mcm mana kan sebab ekal sayang kan dye so ekal tak publish name dye, mesti korang tanye kan kenapa ekal tak nak publish nama dye so ekal hanya boleh cakap LANTAK AKU LAH BODOH HAK AKU BUKAN HAK KAU, hahahaha..maaf ye sebab tercarut malam-malam bute nie.


so tujuan ekal buat semua nie bukan sebab nak malukan korang tapi cuma nak menyedarkan korang je, sebab kalau korang like banyak-banyak ekal punye post pon bukan aku nak like balik korang punye pon, semua tu buang masa je lah..lainlah kalau orang yang ekal minat tu like banyak-banyak ekal punye pon tak pe coz kalau dah sayang apa pon boleh buat ye, ekal tahulah korang jadi kaki like nie sebab korang nak jadi popularkan ala-ala HOTSTUFF gitu..eeyyyuuwwwww..nyampahlah aku kalau itu motif korang sebenarnya tapi memang ekal cakap betul lah ekal sebenarnya bukan kaki like just like bile perlu je bukan nak cakap ekal nie belagak bagus cuma ekal just nak bukak mata-mata yang kaki like nie sebenarnya apa yang korang buat nie merimaskan kami semua tahu tak. Ekal rasa ramai kot yang besetuju apa yang ekal cuba sampaikan ni so ekal bersyukur sangat coz ekal bukan kaki like yang mcm korang buat tu, nak tau tak perbuatan korang tu MENJIJIKAN. okeyh lah penatlah ekal asik nak mencarut je kat blog nie so ekal harap kaki like nie cepat lah insaf sebab lepas nie korang tak menyusahkan hidup ekal lagi..ehh?? mcm diva lak ekal nie, huhu..okeyhlah pape hal ekal harap uolls jaga diri baik-baik tau harap enjoy apa yang ekal tulis nie, kbhai (ayat yang selalu budak-budak sekarang gune)


Sunday, May 20, 2012

-dye yang saya sayang-


pertama kali saya ingin mengucapkan selamat hari guru utk semua guru yang mengajar di Malaysia ini, rasanya lom terlambat lagi kot saya nak mengucapkannya. Okeyh saya nak cerita pasal someone yang saya nak ceritakan nie, dye nie seorang yang tak pernah putus asa dengan segala apa yang dye buat..dye jugak dah banyak kali saya kecewa kan dye tapi dye tetap gak masih mengharapkan saya. Apakah tanda ini sume ek? katanya nie mungkin jodoh yang diberikan oleh ALLAH buat dye dan saya nie mcm penyeri buat diri dye sebab sebelum saya kawan ngan dye belum ade lelaki yang pernah buat dye angau mcm ni..so saya rasa saya dah buat dye jatuh cinta ngan saya laa..hmmmm, so let just destiny do our fate. =)


bukan saya tak nak terima awak cuma saya tak mampu nak bagi kebahagiaan saya nie sepenuhnya kat awaklah. Saya nie bukan mcm lelaki-lelaki lain yang gagah perkasa, saya banyak kekurangan yang awak perlu tahu. Saya juga dah banyak kali kecewa dengan kaum hawa yang selama ni hanya permainkan cinta saya, saya hanya mahukan cinta yang ikhlas sahaja, tapi maaf saya masih belum ready nak bercinta dengan awak. Tapi saya janji awak bile ade jodoh antara kita sayalah orang pertama akan bahagiakan awak..saya janji.=)



Saturday, May 19, 2012

wow blog dah baru

selamat pagi semua, dah tak update blog nie, nampak mcm dah ade pembaharuan kat blog nie, tapi aq lebih suke blog yang lama blog yang sekarang nie mcm serabut lah, pening mak uolls..siap ade carta-carta bagai, tapi bile tengok balik memang bagus pon sebab aq tengok dah lama aq tak update so dengan adenye benda tu kite boleh lihat bagaimana blog kite di update. So saya tengok sudah ramai berBLOGING mcm best je best je kan blog nie, tapi tu la nak update tu yang malas kalau ade mood barulah update..kalau tak yang update blog nie.  okeyhlah jumpa saya di next update okeyh..bye